Selasa, 22 Jun 2010

-tak salah memilikki,tp jgn jdkan ''hak milik''-

urm... harini satu lagi contoh teladan yang agak baik daripada umat manusia ni yang aku lihat dengan mata yang berada di bahagian kepala aku ini sendiri. nak kata terkejut tu terkejut jugaklar. nk kata nk pengsan tu jauh lagi kot walaupom kejutannyer sekuat 1000watt.
pernahkah anda terfikir seorang manusia menghumbankan berpuluh puluh basikal yang ada di sekelilingnyer demi mendapatkan sekeping duit syiling yang tercicir?? pernah?? bagi yang pernah tu baguslar.bagi yang x pernah bacalah lagi y seterusnya.

sebenarnyer,setelah musim hujan yang akan pasti datang setiap kali perubahan musim telah beransur pergi,kali ni giliran bintang terdekat dengan bumi mengambil alih kuasa pemerintahan cuaca,barangkali.. amatlar panas di negara yang bermusim empat ni ... meskipom suhu yang dicatat di termometer atau world forecast ternyata lebih rendah berbanding negara kelahiran aku,namun panasnyer sedikit berbeza.dengan kelembapan yang makin berkurang,badan kiter ibarat berada di dalam microvave yang sedang giat membakar makanan yang berada di dalamnya... gerak sikit je dh mula berpeluh,adoi.. lemah betul.dalam kepanasan yang melampau lampau itu aku tetiba plak ,terasa nak minum air dari mesin jual air secara automatik yang berselerak di merata rata tempat.

elok2 jer aku nak kuarkan duit dari poket aku ni,duit syiling yang menjadi peneman aku semenjak datang ke jepon ni,dengan tak sabarnyer telah meluru keluar dari poket aku,ape lagi,aku pom tergesa gesa lar mencoba menangkap dan segala macam men- lagi lar aku buat pada masa itu,, hik3!!! dah boleh agak dah kan siapa yang telah menjatuhkan berpuluh puluh basikal demi menyelamatkan duit syiling yang sebenarnyer tak mampu pom nk beli air dari mesin jual air secara automatik tu.tak cukup pom.

dhlar cuaca tu panas,ada lar plak seorang saudari yang entah datang dari mana entah meluru membantu aku nak angkatkan basikal2 tersebut,merah membara rasanyer muka aku nih. maluw siot.. tapi dh orang nak tolong,aku ok jer,terus aku tinggalkan saudari tu,dan meneruskan misi menyelamatkan duit syiling.
har3!! semoga di ukhrawi nanti aku tak ''panas'' sebab duit sudah lar. tu lar,kite hidup dalam kemewahan pom masih mengejar duit yang kiter yakin kite boleh dapat.

-------APA AGAKNYER PERASAAN PAPA KEDANA YER------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan