Semalam adalah hari festival terakhir untuk tahun ini.Pada kebiasaanya,di Ehime,festival akan diadakan dua kali setahun.Iaitu awal bulan sebelas dan juga akhir bulan sebelas.Memang menjadi tradisi pelajar-pelajar dari Malaysia untuk menjual nasi goreng dan juga roti jala setiap kali festival.
Di samping itu ada juga makanan-makanan melayu lain yang akan diperkenalkan.Seperti cucur udang dan karipap.Setiap kali sehari sebelum hari festival,semua orang akan berkumpul di rumah seorang senior untuk memasak dan melakukan pelbagai lagi persediaan menjelang festival pada keesokkan paginya.Aku dah diturunkan ''skill'' membuat nasi goreng manakala teman-teman yang lain diturunkan 'skill' roti jala dan juga karipap.Kari pula masih menjadi tanda tanya siapakah yang akan menjadi penyambung pembuatnya.Setiap makanan ada cerita yang tersendiri pada festival kali ini bagi aku.
Yang pertamanya kari.Oleh kerana kari adalah menu utama pada setiap kali festival,pembuatnya hanyalah seorang.Tiada bantuan kecemasan ataupuan talian hayat yang boleh digunakan olaeh si pembuat kari.Walaupun begitu ,si pembuat kari merupakan simbol bahawasanya beliau adalah manusia yang paling "terrer" dalam bab-bab masakkan dikalangan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Ehime sekarang.Namun dia tetap seorang manusia.Di sebabkan oleh sedikit kesilapan teknikal,dia terpaksa menyediakan 3 periuk kari,yakni lebeh satu periuk daripada kebiasaannya.Entah macamana,sedang aku membasuh pinggan yang terletak berhampiran dengan dapur memasak kari,tiba-tiba dia meluahkan perasaannya.Walaupun dalam nada ketawa tapi aku tahu dia serius.''Lepas ni tak nak dah kari",katanya.Aku hanya senyum dan meneruskan kerjaku yang masih berlambak.Yakni pinggan mangkuk. Aku tak berani menyuarakan apa-apa pendapat.Namun tidak berapa lama selepas itu,aku dengan dia bagai kawan rapat,berseloroh tak habis-habis.Rupanya dia insan yang punyai hati yang mulia.Selepas pulang pada malam itu,dia ''still'' membuat adunan cucur udang untuk festival keesokkan paginya meskipun dia pulang pada pagi festival.Memang benar,dia sedikit terlewat datang ke festival pada pagi itu menyebabkan ada suara-suara sumbang yang tidak berpuas hati.Tapi pemilik suara-suara sumbang itu tidak tahu apa yang terjadi.Seandainya kita tidak tahu situasi sebenar,janganlah nak masuk campur .Buat je kerja kita.PASTI ADA SEBAB DI SETIAP APA YANG TERJADI.
Yang kedua adalah nasi goreng dan roti jala.Walaupun kedua-dua masakkan ini menggunakan kuah kari,tapi cerita mereka tidak ada kaitan dengan kuah kari.Walaupun tidak pernah di bagitahu oleh pemilik empunya badan,aku tahu bahawasanya ada kisah antara pembuat nasi goreng dan pembuat roti jala.Di sebabkan oleh satu kejadian,mereka tidak bertegur sapa sehinggalah pada hari festival pertama.Ketika aku sedang membetulkan label harga di hadapan gerai,seorang daripada mereka meminta pandangan kami samada kari perlu ditambah air atau tidak .Jika tak silap aku,kari itu sentiasa di panaskan dan menyebabkan kuahnya kering."Dah kari ni nk tambah air ke tak?Macam kering sangat dah ni'',ujar pembuat nasi goreng dalam loghat Kelantan yang difahami.Namun pada ketika itu semua orang sedang sibuk dengan urusan jual beli lantas tidak menghiraukan pertanyaan tersebut.Aku yang mendengar pertanyaan itu ingin menjawab,tetapi sesuatu yang tidak diduga berlaku.Di sebabkan sakit tengkak,si pembuat roti jala berehat sebentar di belakang tempat menjual nasi goreng.Tidak semena-mena dia menjawab persoalan si pembuat nasi goreng.Namun di sebabkan suara yang tidak jelas si pembuat roti jala,si pembuat nasi goreng mendekati si pembuat roti jala dan mengulangi pertanyaan ."Kari dah kering ke?tambah air dan juga jangan lupa tambah garam",jawab si pembuat roti jala sambil memandang terus wajah si pembuat nasi goreng.Sepanjang 7 bulan aku di Ehime,itulah kali pertama aku melihat mereka berdua berbicara antara satu sama lain.Kejadian yang di maksudkan adalah masalah cinta.Yang mana telah menyebabkan mereka tidak bertegur sapa.Tapi DISEBABKAN OLEH KARI MEREKA BERBINCANG. Indahnya hidup ini jika kita pandai menghargainya.
Ahad, 28 November 2010
Jumaat, 5 November 2010
pemburuan epal
Selama aku hidup di dunia ni,di Jepun nilah 'first time' aku dengar perkataan tu.Kenapa nak buru epal?bukanke kita seharusnya memetik atau memamah atau memakan epal? Pemburuan epal.Perkataan itu lantas membuatkan aku terbayang bahawasanya epal itu berkaki dan akan lari menjauh bila kita menghampiri. Sedangkan epal yang terdapat di pasaran atau di supermarket yang berdekatan tidak pula berkaki dan dapat berlari.Rupanya perkataan itu hanyalah satu istilah yang biasanya di gunakan oleh rakyat Jepun apabila tibanya musim memetik buah epal dari pokok dan terus memakannya sebanyak mana yang larat dengan hanya membayar satu harga yang telah ditetapkan oleh perusaha pokok-pokok epal tersebut.
Pengalaman makan epal terus dari pokoknya amatlah berbeza daripada makan epal dari mana-mana supermarket yang berdekatan.Rasanya yang segar dari pokok dan memetiknya dengan usaha sendiri amatlah menarik.Tapi ketika memetik epal itu,aku teringat satu kata-kata yang bunyinya lebih kurang begini ''wanita itu umpama buah epal,wanita yang mudah dibawa dan diusung pergi oleh lelaki umpama epal yang berada di ranting-ranting rendah,mudah di capai dan dipetik .Manakala epal yang berada di puncak itu ibarat muslimah yang menunggu jodohnya datang dan bahagia selamanya,kerana epal yang di puncak itu sukar untuk di capai,perlukan usaha untuk mendapatkannya,pabila dapat nikmatnya berbeza dari epal yang berada di bawah''. Kata-kata ini begitu mendalam maksudnya,namun wanita harini sudah ramai berada di reranting bawahan.
Mungkin sudah lumrah umat akhir zaman yang semakin hari semakin sesat dalam arus pembangunan global.Semoga epal-epal yang bakal tumbuh dari pohon keturunan kita semua adalah dari golongan epal-epal yang bakal berada di puncak.Amin..
Pengalaman makan epal terus dari pokoknya amatlah berbeza daripada makan epal dari mana-mana supermarket yang berdekatan.Rasanya yang segar dari pokok dan memetiknya dengan usaha sendiri amatlah menarik.Tapi ketika memetik epal itu,aku teringat satu kata-kata yang bunyinya lebih kurang begini ''wanita itu umpama buah epal,wanita yang mudah dibawa dan diusung pergi oleh lelaki umpama epal yang berada di ranting-ranting rendah,mudah di capai dan dipetik .Manakala epal yang berada di puncak itu ibarat muslimah yang menunggu jodohnya datang dan bahagia selamanya,kerana epal yang di puncak itu sukar untuk di capai,perlukan usaha untuk mendapatkannya,pabila dapat nikmatnya berbeza dari epal yang berada di bawah''. Kata-kata ini begitu mendalam maksudnya,namun wanita harini sudah ramai berada di reranting bawahan.
Mungkin sudah lumrah umat akhir zaman yang semakin hari semakin sesat dalam arus pembangunan global.Semoga epal-epal yang bakal tumbuh dari pohon keturunan kita semua adalah dari golongan epal-epal yang bakal berada di puncak.Amin..
Ahad, 24 Oktober 2010
shock!!
Jadi benarlah bahawasanya ''jika seseorang itu tersenyum pada kita tidak semestinye dia menyukai akan kehadiran kita,pada wajah bukanlah segala-galanya''.Aku juga pada mulanya tidak mempercayai perkara sebegini.Tapi bila terkena pada batang hidung sendiri aku terkedu.Pada mulanya aku sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada temanku itu.Tapi aku hanya buat tidak endah.''mungkin mood dia tidak berapa ok pada ketika itu'' ,getus hatiku.Dia seperti sengaja ingin menyakitkan hati aku.Aku pula bila orang bersikap sedemikian terhadapku,aku lebey suka mendiamkan diri sebelum ''volkano''ku meletup.Sikapnya terang-terang menunjukkan bahawasanya dia jeles bila aku terlalu rapat dengan seorang senior yang dulu sentiasa rapat dengannya.Dalam senyumnya itu aku dapat rasakan sesuatu yang tidak enak di hatiku.Akhirnya ramalanku menjadi benar apabila dia mengutarakan rasa hatinya dalam sebuah laman sosial.Tapi demi mengutuk kami,dia telah jatuhkan maruah dia sendiri.Aku tidak tahu dimana silapnya,tapi kenapa dia harus berkelakuan seperti itu terhadapku? Adakah aku ini tidak layak untuk menerima segala persahabatan yang kukuh seperti itu?Dan kenapa harus ada rasa seperti itu di hatinya sedangkan aku menganggapnya teman baikku? aku bingung.


Selasa, 19 Oktober 2010
summer has gone
setelah 2 bulan lebey duk mengadap teriknya sinar cahaya matahari di bumi Allah yang fana ini,akhirnya berkhirlah jugak musim panas ataupun di panggil sebagai natsu dalam bahsa Jepun ni.setelah habisnya musim panas akan datang musim luruh.maka dedaunan kekuningan menyaji setiap mata yang memandang.like a golden,spring has begun~~ disini adalah sikit gambar-gambar musim panas haritu.
Ahad, 8 Ogos 2010
natsu yasumi
uwah!!!! ape nih? panas giler jepun.dulu ketika berada di malaysia panas jugak,tapi panas di jepun di amatlah berlainan dengan panas malaysia.perghh!!! "macam duduk dalam oven",seringkali ayat itu disebut oleh teman-teman.tp yang menjadi masalahnya,pernah pulak diorang masuk dalam oven.har3!!! tapi jika difikirkan dari teorinya memanglah panas di jepun ni sama seperti microwave memasak makanan didalamnya,panasnyer ibarat membuang air di dalam badan.
tapi yang best natsu ni adalah yasumi@cutinya yang panjang. kat tempat aku lebih kurang dua bulan.dan bila panas ditambah pula dengan keboringan tahap maximum ni,mulle la manusia2 yang kepanasan mencari sungai. tu yang terbaek!! punya. hari2 pergi sungai berendam. best.walaupom sungai tu terjumpa tanpe sengaja tapi sungai tu best. bolley la belajar berenang.sikit r. har3!!
dan bemacam-macamla lagi aktiviti yang direka oleh otak2 bakal engineer nih,semua nyer best2.da itulah natsu yang best.natsu yang x best adalah dalam bulan natsutahun ni ada bulan ramadhan. fuhhh... adakah puasa tahun ini lebey sukar dari puase2 yang sebelumnyer...
ku harapkan ramadhan kali ini penuh makna. InsyaAllah.
tapi yang best natsu ni adalah yasumi@cutinya yang panjang. kat tempat aku lebih kurang dua bulan.dan bila panas ditambah pula dengan keboringan tahap maximum ni,mulle la manusia2 yang kepanasan mencari sungai. tu yang terbaek!! punya. hari2 pergi sungai berendam. best.walaupom sungai tu terjumpa tanpe sengaja tapi sungai tu best. bolley la belajar berenang.sikit r. har3!!
dan bemacam-macamla lagi aktiviti yang direka oleh otak2 bakal engineer nih,semua nyer best2.da itulah natsu yang best.natsu yang x best adalah dalam bulan natsutahun ni ada bulan ramadhan. fuhhh... adakah puasa tahun ini lebey sukar dari puase2 yang sebelumnyer...
ku harapkan ramadhan kali ini penuh makna. InsyaAllah.
Selasa, 22 Jun 2010
-tak salah memilikki,tp jgn jdkan ''hak milik''-
urm... harini satu lagi contoh teladan yang agak baik daripada umat manusia ni yang aku lihat dengan mata yang berada di bahagian kepala aku ini sendiri. nak kata terkejut tu terkejut jugaklar. nk kata nk pengsan tu jauh lagi kot walaupom kejutannyer sekuat 1000watt.
pernahkah anda terfikir seorang manusia menghumbankan berpuluh puluh basikal yang ada di sekelilingnyer demi mendapatkan sekeping duit syiling yang tercicir?? pernah?? bagi yang pernah tu baguslar.bagi yang x pernah bacalah lagi y seterusnya.
sebenarnyer,setelah musim hujan yang akan pasti datang setiap kali perubahan musim telah beransur pergi,kali ni giliran bintang terdekat dengan bumi mengambil alih kuasa pemerintahan cuaca,barangkali.. amatlar panas di negara yang bermusim empat ni ... meskipom suhu yang dicatat di termometer atau world forecast ternyata lebih rendah berbanding negara kelahiran aku,namun panasnyer sedikit berbeza.dengan kelembapan yang makin berkurang,badan kiter ibarat berada di dalam microvave yang sedang giat membakar makanan yang berada di dalamnya... gerak sikit je dh mula berpeluh,adoi.. lemah betul.dalam kepanasan yang melampau lampau itu aku tetiba plak ,terasa nak minum air dari mesin jual air secara automatik yang berselerak di merata rata tempat.
elok2 jer aku nak kuarkan duit dari poket aku ni,duit syiling yang menjadi peneman aku semenjak datang ke jepon ni,dengan tak sabarnyer telah meluru keluar dari poket aku,ape lagi,aku pom tergesa gesa lar mencoba menangkap dan segala macam men- lagi lar aku buat pada masa itu,, hik3!!! dah boleh agak dah kan siapa yang telah menjatuhkan berpuluh puluh basikal demi menyelamatkan duit syiling yang sebenarnyer tak mampu pom nk beli air dari mesin jual air secara automatik tu.tak cukup pom.
dhlar cuaca tu panas,ada lar plak seorang saudari yang entah datang dari mana entah meluru membantu aku nak angkatkan basikal2 tersebut,merah membara rasanyer muka aku nih. maluw siot.. tapi dh orang nak tolong,aku ok jer,terus aku tinggalkan saudari tu,dan meneruskan misi menyelamatkan duit syiling.
har3!! semoga di ukhrawi nanti aku tak ''panas'' sebab duit sudah lar. tu lar,kite hidup dalam kemewahan pom masih mengejar duit yang kiter yakin kite boleh dapat.
-------APA AGAKNYER PERASAAN PAPA KEDANA YER------
Isnin, 21 Jun 2010
-sentiasa ad y 'lebih' dri kite-
~21/06/2010~
dh sebuln lebey dh duk kt negara mathari terbit nih... hepiiinyer... tp x lar semuanyer hepikan,mesti ad benda y menghalau kehepian tu kan..kdg. mkn minum semua masih ok gak ,mandi laundry semuanyer jua ok. sehinggalah hari ini. sedey...
ni kesedehan kedua ,oleh perkara yang sama. tp ni bkn cintan cintun r. its frens. mengimbau kembali saat aku masuk di sebuah ''tmn larangan '' jepun untuk ke negara jepon nih. cukup2 lar amat2 sgt2 menghepikan urat2 sensitiviti jantung dan hati. sejenak aku masuk ke tmn tu,terjumpa ngn gadis kecil molek.she is cute. i am berkerut. mmg aku,sifat aku,dingin memanjang. tp,aku ad perasaanlar,as human being.
pertama kali aku terserempak dengan dier,dier dh tegur aku mcm knl seratus tahun.mesra semacam.adoi... bkn xnk tegur tp aku mmg dingin. mcm musim sejuk di jepon ni time first2 aku tibe kt negara y masyhur dgn bunga sakuranyer. tp lm2,aku mesra gak r ngn dier,makin baek,makin erat hubungan kami,makin rapat jugak lar aku dgn kwn dier. ms berlalu dgn pantas, mmg ms akhir zaman macm tu lar. lju jer hari bertukar hari.bulan bertukar bulan. time exam last kami, tup2 dier fail. adoi.... sedey woo... mcm nk menitis air mata ni pom ad gak.. tp tu r.aku macho y hancus r.support dier untuk amik exam seterusnyer. walupom ms kami kwn ,byk gak r mulut2 y mmg xdpt di tutup kt kami kaple.tp sbnrnyer,dier dh berpunyer,akulak ''duda'' .. kuang3.. tp kami kwn. just nk tgk dier dpt pg jepon gak.
tp harini,result exam tu dh pom tersiar,dh keluar, n amatlar sedey. her journey to japan dh tamat,bt ms ni...hik3!! betullar kan,kite merancang,tapi Allah y menentukan semuanyer. x semstinyer y kite kejar tu adalh y terbaik ntuk diri kiter,kerna Allah sahaja yang tahu ape yang terbaik ntuk diri kite. walaupom aku sedey harini, tapi aku bersyukur...
...DIER TAK PERLU LALUI KEPERITAN YANG AKU LALUI SEKARANG....
Langgan:
Catatan (Atom)