Ahad, 28 November 2010

festival menjadi pencerita.

Semalam adalah hari festival terakhir untuk tahun ini.Pada kebiasaanya,di Ehime,festival akan diadakan dua kali setahun.Iaitu awal bulan sebelas dan juga akhir bulan sebelas.Memang menjadi tradisi pelajar-pelajar dari Malaysia untuk menjual nasi goreng dan juga roti jala setiap kali festival.
Di samping itu ada juga makanan-makanan melayu lain yang akan diperkenalkan.Seperti cucur udang dan karipap.Setiap kali sehari sebelum hari festival,semua orang akan berkumpul di rumah seorang senior untuk memasak dan melakukan pelbagai lagi persediaan menjelang festival pada keesokkan paginya.Aku dah diturunkan ''skill'' membuat nasi goreng manakala teman-teman yang lain diturunkan 'skill' roti jala dan juga karipap.Kari pula masih menjadi tanda tanya siapakah yang akan menjadi penyambung pembuatnya.Setiap makanan ada cerita yang tersendiri pada festival kali ini bagi aku.

Yang pertamanya kari.Oleh kerana kari adalah menu utama pada setiap kali festival,pembuatnya hanyalah seorang.Tiada bantuan kecemasan ataupuan talian hayat yang boleh digunakan olaeh si pembuat kari.Walaupun begitu ,si pembuat kari merupakan simbol bahawasanya beliau adalah manusia yang paling "terrer" dalam bab-bab masakkan dikalangan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Ehime sekarang.Namun dia tetap seorang manusia.Di sebabkan oleh sedikit kesilapan teknikal,dia terpaksa menyediakan 3 periuk kari,yakni lebeh satu periuk daripada kebiasaannya.Entah macamana,sedang aku membasuh pinggan yang terletak berhampiran dengan dapur memasak kari,tiba-tiba dia meluahkan perasaannya.Walaupun dalam nada ketawa tapi aku tahu dia serius.''Lepas ni tak nak dah kari",katanya.Aku hanya senyum dan meneruskan kerjaku yang masih berlambak.Yakni pinggan mangkuk. Aku tak berani menyuarakan apa-apa pendapat.Namun tidak berapa lama selepas itu,aku dengan dia bagai kawan rapat,berseloroh tak habis-habis.Rupanya dia insan yang punyai hati yang mulia.Selepas pulang pada malam itu,dia ''still'' membuat adunan cucur udang untuk festival keesokkan paginya meskipun dia pulang pada pagi festival.Memang benar,dia sedikit terlewat datang ke festival pada pagi itu menyebabkan ada suara-suara sumbang yang tidak berpuas hati.Tapi pemilik suara-suara sumbang itu tidak tahu apa yang terjadi.Seandainya kita tidak tahu situasi sebenar,janganlah nak masuk campur .Buat je kerja kita.PASTI ADA SEBAB DI SETIAP APA YANG TERJADI.

Yang kedua adalah nasi goreng dan roti jala.Walaupun kedua-dua masakkan ini menggunakan kuah kari,tapi cerita mereka tidak ada kaitan dengan kuah kari.Walaupun tidak pernah di bagitahu oleh pemilik empunya badan,aku tahu bahawasanya ada kisah antara pembuat nasi goreng dan pembuat roti jala.Di sebabkan oleh satu kejadian,mereka tidak bertegur sapa sehinggalah pada hari festival pertama.Ketika aku sedang membetulkan label harga di hadapan gerai,seorang daripada mereka meminta pandangan kami samada kari perlu ditambah air atau tidak .Jika tak silap aku,kari itu sentiasa di panaskan dan menyebabkan kuahnya kering."Dah kari ni nk tambah air ke tak?Macam kering sangat dah ni'',ujar pembuat nasi goreng dalam loghat Kelantan yang difahami.Namun pada ketika itu semua orang sedang sibuk dengan urusan jual beli lantas tidak menghiraukan pertanyaan tersebut.Aku yang mendengar pertanyaan itu ingin menjawab,tetapi sesuatu yang tidak diduga berlaku.Di sebabkan sakit tengkak,si pembuat roti jala berehat sebentar di belakang tempat menjual nasi goreng.Tidak semena-mena dia menjawab persoalan si pembuat nasi goreng.Namun di sebabkan suara yang tidak jelas si pembuat roti jala,si pembuat nasi goreng mendekati si pembuat roti jala dan mengulangi pertanyaan ."Kari dah kering ke?tambah air dan juga jangan lupa tambah garam",jawab si pembuat roti jala sambil memandang terus wajah si pembuat nasi goreng.Sepanjang 7 bulan aku di Ehime,itulah kali pertama aku melihat mereka berdua berbicara antara satu sama lain.Kejadian yang di maksudkan adalah masalah cinta.Yang mana telah menyebabkan mereka tidak bertegur sapa.Tapi DISEBABKAN OLEH KARI MEREKA BERBINCANG. Indahnya hidup ini jika kita pandai menghargainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan