Jumaat, 5 November 2010

pemburuan epal


Selama aku hidup di dunia ni,di Jepun nilah 'first time' aku dengar perkataan tu.Kenapa nak buru epal?bukanke kita seharusnya memetik atau memamah atau memakan epal? Pemburuan epal.Perkataan itu lantas membuatkan aku terbayang bahawasanya epal itu berkaki dan akan lari menjauh bila kita menghampiri. Sedangkan epal yang terdapat di pasaran atau di supermarket yang berdekatan tidak pula berkaki dan dapat berlari.Rupanya perkataan itu hanyalah satu istilah yang biasanya di gunakan oleh rakyat Jepun apabila tibanya musim memetik buah epal dari pokok dan terus memakannya sebanyak mana yang larat dengan hanya membayar satu harga yang telah ditetapkan oleh perusaha pokok-pokok epal tersebut.

Pengalaman makan epal terus dari pokoknya amatlah berbeza daripada makan epal dari mana-mana supermarket yang berdekatan.Rasanya yang segar dari pokok dan memetiknya dengan usaha sendiri amatlah menarik.Tapi ketika memetik epal itu,aku teringat satu kata-kata yang bunyinya lebih kurang begini ''wanita itu umpama buah epal,wanita yang mudah dibawa dan diusung pergi oleh lelaki umpama epal yang berada di ranting-ranting rendah,mudah di capai dan dipetik .Manakala epal yang berada di puncak itu ibarat muslimah yang menunggu jodohnya datang dan bahagia selamanya,kerana epal yang di puncak itu sukar untuk di capai,perlukan usaha untuk mendapatkannya,pabila dapat nikmatnya berbeza dari epal yang berada di bawah''. Kata-kata ini begitu mendalam maksudnya,namun wanita harini sudah ramai berada di reranting bawahan.

Mungkin sudah lumrah umat akhir zaman yang semakin hari semakin sesat dalam arus pembangunan global.Semoga epal-epal yang bakal tumbuh dari pohon keturunan kita semua adalah dari golongan epal-epal yang bakal berada di puncak.Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan